Utama
| TARIKH | 4 JULAI 2026 |
| MASA | 9.30 PAGI SEHINGGA 1.30 PETANG |
| LOKASI | NADI BULUH KUBU |
| PESERTA | 18 ORANG |
NADI Buluh Kubu telah berjaya menganjurkan sesi Pemilihan Pasukan NADI E-Sukan Madani Legend Mobile Legends Musim Ke-4 bagi mencari wakil yang akan bertanding di peringkat saringan NADI.
Seramai 3 pasukan telah menyertai sesi pemilihan ini, iaitu:
- 🔹 Team IMAN
- 🔹 Team KEMMAH
- 🔹 Team ON TOP
Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap pasukan telah mempamerkan kemahiran permainan yang baik, semangat kesukanan, komunikasi yang berkesan serta kerjasama berpasukan dalam setiap perlawanan. Program ini bukan sahaja bertujuan memilih wakil terbaik NADI Buluh Kubu, malah menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti e-sukan yang sihat, positif dan berdaya saing.
Setelah melalui beberapa pusingan perlawanan, Team IMAN telah berjaya muncul sebagai juara dan dipilih sebagai wakil rasmi NADI Buluh Kubu untuk bertanding ke Peringkat Saringan NADI E-Sukan Madani Legend Mobile Legends Musim Ke-4.
Pihak NADI Buluh Kubu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Team IMAN atas kemenangan yang diraih. Penghargaan turut diberikan kepada Team KEMMAH dan Team ON TOP atas komitmen, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Semoga Team IMAN dapat memberikan persembahan terbaik dan mengharumkan nama NADI Buluh Kubu pada peringkat seterusnya.




TERIMA KASIH BACKLINER
Kesungguhan anda bekerja pada waktu sukar ini memberikan kami kehidupan yang lebih bererti. Terima kasih backliner, kita tidak akan putus asa, #KitaMestiMenang!
LINDUNGI KOMUNITI, KEKAL HIJAU
COVID-19: Lindungi Komuniti, Kekal Hijau. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA #COVID19 #DudukRumah #Jarak1Meter #KKM #MCMC #PerintahKawalanPergerakan #StaySafeStayHome
PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN TEMPAHAN ONLINE
Tempahan makanan secara dalam talian (online) kini sudah menjadi trend sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, apa keperluan untuk abang-abang riders kita sebelum dan selepas menghantar makanan?
BERITA PALSU 23 APRIL 2020
PEMAKLUMAN BERITA PALSU Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial. #COVID19 #DudukRumah #MCMC #Sebenarnyamy #TidakPastiJanganKongsi
APPLIKASI MYSEJAHTERA
Aplikasi MySejahtera membolehkan rakyat Malaysia untuk: 1. Mengetahui risiko mereka terhadap Covid-19. 2. Mendapatkan panduan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya diklasifikasikan sebagai individu berisiko jangkitan Covid-19. 3. Melaksanakan […]
SALURKAN SUMBANGAN ANDA MENGIKUT SALURAN YANG BETUL
Orang ramai yang ingin memberikan sebarang sumbangan bukan tunai kepada KKM bagi tujuan menangani COVID-19, anda bolehlah berbuat demikian mengikut saluran yang betul seperti yang telah disediakan oleh KKM. […]


