Utama
| TARIKH | 4 JULAI 2026 |
| MASA | 9.30 PAGI SEHINGGA 1.30 PETANG |
| LOKASI | NADI BULUH KUBU |
| PESERTA | 18 ORANG |
NADI Buluh Kubu telah berjaya menganjurkan sesi Pemilihan Pasukan NADI E-Sukan Madani Legend Mobile Legends Musim Ke-4 bagi mencari wakil yang akan bertanding di peringkat saringan NADI.
Seramai 3 pasukan telah menyertai sesi pemilihan ini, iaitu:
- 🔹 Team IMAN
- 🔹 Team KEMMAH
- 🔹 Team ON TOP
Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap pasukan telah mempamerkan kemahiran permainan yang baik, semangat kesukanan, komunikasi yang berkesan serta kerjasama berpasukan dalam setiap perlawanan. Program ini bukan sahaja bertujuan memilih wakil terbaik NADI Buluh Kubu, malah menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti e-sukan yang sihat, positif dan berdaya saing.
Setelah melalui beberapa pusingan perlawanan, Team IMAN telah berjaya muncul sebagai juara dan dipilih sebagai wakil rasmi NADI Buluh Kubu untuk bertanding ke Peringkat Saringan NADI E-Sukan Madani Legend Mobile Legends Musim Ke-4.
Pihak NADI Buluh Kubu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Team IMAN atas kemenangan yang diraih. Penghargaan turut diberikan kepada Team KEMMAH dan Team ON TOP atas komitmen, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Semoga Team IMAN dapat memberikan persembahan terbaik dan mengharumkan nama NADI Buluh Kubu pada peringkat seterusnya.




JADILAH PENGGUNA INTERNET YANG BIJAK
Jadilah pengguna internet yang bijak. Jom amalkan Rukun Negara ketika berinteraksi di media sosial. #KlikDenganBijak #malaysiaictvolunteer #KDB #KKMM #MCMC #SKMM #ict4sdg
UJIAN COVID19 TIDK MEMBATALKAN PUASA
Ujian Covid 19 TIDAK membatalkan puasa Bagi mana mana individu yang berpuasa dan diminta untuk menjalani ujian Covid 19, jangan bimbang kerana prosedur ini TIDAK membatalkan puasa. Perkara […]
WASPADA PANGGILAN PALSU
Waspada Panggilan Palsu Berhati-hati dan jangan terpedaya. Pesanan Khidmat Masyarakat oleh SPRM
HENTIKAN PENYEBARAN BERITA BERITA PALSU
Hentikan penyebaran berita palsu! Ikuti langkah mudah membendung berita palsu berikut. Jabatan Penerangan Malaysia #BeritaPalsu #COVID19 #MCMC #Sebenarnyamy #TidakPastiJanganKongsi
ELAKKAN 3C
Bagi anda yang perlu ke tempat kerja, elakkan 3C bagi memutuskan rantaian COVID-19 di tempat kerja. ?rowded Places☑️ ?onfined Spaces☑️ ?lose Conversation☑️ #KitaTeguhKitaMenang #COVID19malaysia
SAMA-SAMA PUTUSKAN RANTAIAN COVID19
KITA MAMPU LAKUKANNYA ?? Sama-sama kita teruskan duduk rumah dan patuhi arahan PKP serta sentiasa menjaga kebersihan seperti yang disarankan oleh kerajaan agar penularan wabak #COVID19 dapat diputuskan.
STRATEGI MENGESAN 19
2 Strategi Untuk Mengesan Penularan COVID-19 Dalam Komuniti Setempat #KitaMestiMenang #PerintahKawalanPergerakan #StayAtHome
RAMADHAN & COVID
TERUSKAN BERJIHAD Gunakan peluang Ramadan kali ini untuk lakukan aktiviti dan ibadah bersama keluarga di rumah. Sama-sama kita mencegah penularan wabak COVID19.


