Utama

TARIKH4 JULAI 2026
MASA9.30 PAGI SEHINGGA 1.30 PETANG
LOKASINADI BULUH KUBU
PESERTA18 ORANG

NADI Buluh Kubu telah berjaya menganjurkan sesi Pemilihan Pasukan NADI E-Sukan Madani Legend Mobile Legends Musim Ke-4 bagi mencari wakil yang akan bertanding di peringkat saringan NADI.

Seramai 3 pasukan telah menyertai sesi pemilihan ini, iaitu:

  • 🔹 Team IMAN
  • 🔹 Team KEMMAH
  • 🔹 Team ON TOP

Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap pasukan telah mempamerkan kemahiran permainan yang baik, semangat kesukanan, komunikasi yang berkesan serta kerjasama berpasukan dalam setiap perlawanan. Program ini bukan sahaja bertujuan memilih wakil terbaik NADI Buluh Kubu, malah menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti e-sukan yang sihat, positif dan berdaya saing.

Setelah melalui beberapa pusingan perlawanan, Team IMAN telah berjaya muncul sebagai juara dan dipilih sebagai wakil rasmi NADI Buluh Kubu untuk bertanding ke Peringkat Saringan NADI E-Sukan Madani Legend Mobile Legends Musim Ke-4.

Pihak NADI Buluh Kubu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Team IMAN atas kemenangan yang diraih. Penghargaan turut diberikan kepada Team KEMMAH dan Team ON TOP atas komitmen, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

Semoga Team IMAN dapat memberikan persembahan terbaik dan mengharumkan nama NADI Buluh Kubu pada peringkat seterusnya.

BERITA PALSU 22 APRIL 2020

PEMAKLUMAN BERITA PALSU   Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.   #COVID19 #DudukRumah #MCMC #Sebenarnyamy #TidakPastiJanganKongsi  

Baca lanjut →

JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN ONLINE

16 April 2020 Galeri Foto

Jangan Jadi Mangsa Penipuan E-mel   Berhati-hati dengan emel yang mempunyai pautan URL ataupun lampiran.    Jom Klik Dengan Bijak.   #KlikDenganBijak #MCMC #PenipuanDalamTalian  #Scam  

Baca lanjut →

TALIAN KHAS PERKHIDMATAN KAUNSELING COVID

Talian Khas Perkhidmatan Kaunseling COVID-19 beroperasi 24 jam setiap hari. Anda boleh hubungi Talian Kasih 15999 atau whatsapp 019-2615999.

Baca lanjut →

DUDUK RUMAH. PELUANG KUTA UNTUK SIHAT

#Dudukrumah #stayhome #kitamestimenang #lawancovid19  

Baca lanjut →

KELULUSAN OPERASI PKP3

Untuk perhatian, kelulusan yang diberi terdahulu kepada syarikat untuk beroperasi sepanjang PKP 1 dan 2 terpakai untuk PKP 3. Namun, digalakkan syarikat yang sudah mendapat kelulusan untuk membuat permohonan baharu […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya