Utama

Pada 13 June 2026, NADI di kluster KOTA BHARU DAN TUMPAT telah menyertai MCMC untuk membuka reruai di PROGRAM VETEREN DESA MADANI yang berlangsung di SK Kampung Sireh, Kota Bharu pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Program ini telah dirasmikan oleh Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Program ini bertemakan MEMPERKASA KOMUNITI, MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN.

Program ini merekodkan kehadiran yang amat menggalakkan daripada para veteran ATM, ahli keluarga serta penduduk setempat jelas membuktikan semangat kebersamaan dan penghargaan masyarakat terhadap jasa para perajurit yang telah berkorban demi keamanan dan kedaulatan negara.

NADI mengambil peluang ini untuk memberikan membuat pendafrtaran ahli NADI secara percuma kepada pengunjung. Tidak ketinggalan juga, menyediakan pemeriksaan percuma dan pertandingan saringan E SUKAN MOBILE LEGEND bagi mewakili NADI untuk ke peringkat KELANTAN.

Pelbagai agensi telah terlibat sama di dalam program ini. Banyak juga aktiviti menarik telah disediakan antaranya Jualan Rahmah, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat, aktiviti kemasyarakatan, pameran keselamatan serta pelbagai program mesra rakyat yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2025: PROGRAM WEBINAR NADI X CYBERSEURITY

20 January 2025 Laporan Aktiviti

Tarikh: 18 Januari 2025 Hari: Sabtu Peserta : 2 Orang Usahawan Usahawan di beri pendedahan tentang Asas Keselamatan Siber apabila melayari Internet. Peserta juga didedahkan tentang keselamatan perlindungan kewangan dalam […]

Baca lanjut →

Laporan Aktiviti Januari 2025: Mahir Masak Minggu ke 3 dan Mahir Baiki Gajet Minggu ke 2

Tarikh: 4 Januari 2025 Hari: Sabtu Peserta: 3 orang iaitu 2 orang peserta Mahir Masak dan 1 orang peserta Mahir Baiki Gajet Di dalam kelas ini, pelajar didedahkan dengan pembelajaran […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024 : KELAS ICT (PENGENALAN KEPADA CANVA)

8 December 2024 Laporan Aktiviti

 Tarikh        : 18 Disember 2024  Masa         : 9:30Pagi  – 11:30 PAGI  Tempat     : NADI Buluh Kubu  Peserta     : 2 Orang Tujuan Kelas […]

Baca lanjut →

USAHAWAN 2 : SUKU TAHUN KE-4 2020

4 December 2024 Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : USAHAWAN 2 Nama: NORADZIZAH BINTI ADZHAR Umur: 28 tahun Ahli: 2019 Latar belakang   Noradzizah Adzhar merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu kemasukan ke universiti. Beliau […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2024: KELAS ICT (PENGENALAN KEPADA WORD)

23 September 2024 Laporan Aktiviti

 Tarikh        : 23 SEPTEMBER 2024  Masa         : 2:15 PETANG  – 3:15 PETANG  Tempat     : NADI Buluh Kubu  Peserta     : 1 Orang PELAJAR […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya