Utama
Pada 13 June 2026, NADI di kluster KOTA BHARU DAN TUMPAT telah menyertai MCMC untuk membuka reruai di PROGRAM VETEREN DESA MADANI yang berlangsung di SK Kampung Sireh, Kota Bharu pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Program ini telah dirasmikan oleh Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Program ini bertemakan MEMPERKASA KOMUNITI, MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN.
Program ini merekodkan kehadiran yang amat menggalakkan daripada para veteran ATM, ahli keluarga serta penduduk setempat jelas membuktikan semangat kebersamaan dan penghargaan masyarakat terhadap jasa para perajurit yang telah berkorban demi keamanan dan kedaulatan negara.
NADI mengambil peluang ini untuk memberikan membuat pendafrtaran ahli NADI secara percuma kepada pengunjung. Tidak ketinggalan juga, menyediakan pemeriksaan percuma dan pertandingan saringan E SUKAN MOBILE LEGEND bagi mewakili NADI untuk ke peringkat KELANTAN.
Pelbagai agensi telah terlibat sama di dalam program ini. Banyak juga aktiviti menarik telah disediakan antaranya Jualan Rahmah, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat, aktiviti kemasyarakatan, pameran keselamatan serta pelbagai program mesra rakyat yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.






LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2024:KELAS ICT (PENGENALAN KEPADA PDF DOCUMENT))
Tarikh : 15 SEPTEMBER 2024 Masa : 2:30 PETANG – 3:30 PETANG Tempat : NADI Buluh Kubu Peserta : 1 Orang PELAJAR […]
LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2024:KELAS ICT (PENGENALAN KEPADA GOOGLE CALENDAR)
Tarikh : 6 SEPTEMBER 2024 Masa : 10 Pagi – 11:30 PAGI Tempat : NADI Buluh Kubu Peserta : 1 Orang PELAJAR […]
LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2024 : KELAS E-LEARNING (KUIZ MERDEKA)
Tarikh : 1 SEPTEMBER 2024 Masa : 9:30Pagi – 11:30 PAGI Tempat : NADI Buluh Kubu Peserta : 3 Orang PELAJAR […]


