Utama

Pada 13 June 2026, NADI di kluster KOTA BHARU DAN TUMPAT telah menyertai MCMC untuk membuka reruai di PROGRAM VETEREN DESA MADANI yang berlangsung di SK Kampung Sireh, Kota Bharu pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Program ini telah dirasmikan oleh Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Program ini bertemakan MEMPERKASA KOMUNITI, MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN.

Program ini merekodkan kehadiran yang amat menggalakkan daripada para veteran ATM, ahli keluarga serta penduduk setempat jelas membuktikan semangat kebersamaan dan penghargaan masyarakat terhadap jasa para perajurit yang telah berkorban demi keamanan dan kedaulatan negara.

NADI mengambil peluang ini untuk memberikan membuat pendafrtaran ahli NADI secara percuma kepada pengunjung. Tidak ketinggalan juga, menyediakan pemeriksaan percuma dan pertandingan saringan E SUKAN MOBILE LEGEND bagi mewakili NADI untuk ke peringkat KELANTAN.

Pelbagai agensi telah terlibat sama di dalam program ini. Banyak juga aktiviti menarik telah disediakan antaranya Jualan Rahmah, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat, aktiviti kemasyarakatan, pameran keselamatan serta pelbagai program mesra rakyat yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2025: MAHIR JAHIT DAN MAHIR PERTANIAN

20 February 2025 Laporan Aktiviti

Tarikh: 19 Februari 2025 Hari: Rabu Peserta: 3 orang mengikut waktu kelas yang ditelah ditetapkan Bagi kelas MAHIR PERTANIAN, pelajar didedahkan dengan pembelajaran secara dalam talian cara mengurus dan mengawal […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2025: PROGRAM OUTREACH KWSP BERSAMA NADI BULUH KUBU

17 February 2025 Laporan Aktiviti

TARIKH: 17 Februari 2025 MASA: 9 PAGI- 3 PETANG PESERTA: KOMUNITI SEKITAR NADI KWSP membuka booth pameran di dalam NADI. Komuniti sekitar berpeluang untuk bertanyakan perbagai permasalahan seperti: Semakan Penyata […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2025: MAHIR MASAK MINGGU KE 7

10 February 2025 Laporan Aktiviti

Tarikh: 9 Februari 2025 Hari: AHAD Peserta: 2 orang Di dalam kelas ini, pelajar didedahkan dengan pembelajaran secara dalam talian dan boleh mengaplikasikan secara teaori dan praktikal kaedah memasak daging […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2025: MAHIR PERTANIAN MINGGU KE 2

6 February 2025 Laporan Aktiviti

Tarikh: 5 Februari 2025 Hari: Rabu Peserta: 1 orang Di dalam kelas ini, pelajar didedahkan dengan pembelajaran secara dalam talian dan boleh mengaplikasikan teori yang dipelajari secara praktikal di dalam […]

Baca lanjut →

Tambang Percuma bagi penumpang Komuter Lembah Klang sempena perayaan Thaipusam

5 February 2025 Maklumat Setempat

Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang secara percuma pada 10 dan 11 Februari ini sempena perayaan Thaipusam. Menteri Pengangkutan Anthony […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya