PROGRAM AI @NADI

Laporan Aktiviti | 29 June 2026
TARIKH25 JUN 2026
MASA 9.30- 4:30 PETANG
LOKASINADI BULUH KUBU
PESERTA4 ORANG

Peserta telah mengikuti latihan bertajuk “AI di Hujung Jari” yang bertujuan memperkenalkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dalam kehidupan seharian. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada pelbagai aplikasi AI yang boleh membantu memudahkan urusan harian seperti menghasilkan kandungan, mencari maklumat dengan lebih pantas, menyediakan dokumen, menterjemah bahasa serta meningkatkan produktiviti dalam pembelajaran dan pekerjaan.

Selain itu, pada petang, peserta turut mengikuti sesi “Jana Pendapatan dengan AI”, yang memberi pendedahan tentang cara memanfaatkan AI sebagai medium menjana pendapatan. Peserta diperkenalkan dengan teknik menghasilkan kandungan pemasaran, reka bentuk grafik, penulisan iklan, penyediaan bahan media sosial, serta idea perniagaan digital menggunakan platform AI. Sesi ini turut memberi inspirasi kepada peserta untuk meneroka peluang pendapatan secara dalam talian dengan lebih kreatif dan berdaya saing.

Secara keseluruhannya, latihan ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menggunakan AI secara beretika, kreatif dan produktif. Peserta menunjukkan penglibatan yang aktif sepanjang sesi latihan serta berjaya melaksanakan aktiviti praktikal menggunakan komputer yang disediakan. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan harian, pembelajaran, kerjaya dan pembangunan ekonomi digital pada masa hadapan.