Utama
| TARIKH | 4 JULAI 2026 |
| MASA | 9.30 PAGI SEHINGGA 1.30 PETANG |
| LOKASI | NADI BULUH KUBU |
| PESERTA | 18 ORANG |
NADI Buluh Kubu telah berjaya menganjurkan sesi Pemilihan Pasukan NADI E-Sukan Madani Legend Mobile Legends Musim Ke-4 bagi mencari wakil yang akan bertanding di peringkat saringan NADI.
Seramai 3 pasukan telah menyertai sesi pemilihan ini, iaitu:
- 🔹 Team IMAN
- 🔹 Team KEMMAH
- 🔹 Team ON TOP
Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap pasukan telah mempamerkan kemahiran permainan yang baik, semangat kesukanan, komunikasi yang berkesan serta kerjasama berpasukan dalam setiap perlawanan. Program ini bukan sahaja bertujuan memilih wakil terbaik NADI Buluh Kubu, malah menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti e-sukan yang sihat, positif dan berdaya saing.
Setelah melalui beberapa pusingan perlawanan, Team IMAN telah berjaya muncul sebagai juara dan dipilih sebagai wakil rasmi NADI Buluh Kubu untuk bertanding ke Peringkat Saringan NADI E-Sukan Madani Legend Mobile Legends Musim Ke-4.
Pihak NADI Buluh Kubu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Team IMAN atas kemenangan yang diraih. Penghargaan turut diberikan kepada Team KEMMAH dan Team ON TOP atas komitmen, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Semoga Team IMAN dapat memberikan persembahan terbaik dan mengharumkan nama NADI Buluh Kubu pada peringkat seterusnya.




BERITA PALSU MENGUGAT KESELAMATAN NEGARA
Berita palsu hanya akan menyebabkan panik dan menggugat keselamatan negara! Teruskan memberi sokongan kepada Majlis Keselamatan Negara. Dapatkan maklumat yang sahih mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi terkini COVID19 […]
SEIMBANGKAN KEHIDUPAN DUNIA MAYA DAN REALITI
Seimbangkanlah kehidupan di dunia maya dan realiti. Jom Klik Dengan Bijak! #EtikaMediaSosial#KlikDenganBijak#MalaysiaICTVolunteer#MCMC
ADAKAH ANDA SUDAH MENDAFTAR UNTUK DEKODER MYFREEVIEW PERCUMA
Adakah anda sudah mendaftar? Tinggal 4 hari lagi! Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma digesa untuk mendaftar segera […]
SOP BAGI PENGGUNA PI BULUH KUBU
Prosedur yang perlu diikuti oleh pengguna PI Buluh Kubu selaras dengan arahan SOP PKPB Majlis Keselamatan Negara. #kitajagakita #covid19 #hapusCovid #kitamestimenang
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN VIDEO PENDEK & POSTER VOVID19
PERHATIAN! SILA RUJUK TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN YANG TERTERA SEPERTI BERIKUT.
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK & POSTER COVID 19
Ayuh mengurus informasi COVID-19 dengan bijak! Sebarkan info sahih, elakkan info palsu. Sertai Pertandingan Video Pendek dan Poster anjuran Video Innovation Club, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia […]


