Utama

TARIKH4 JULAI 2026
MASA9.30 PAGI SEHINGGA 1.30 PETANG
LOKASINADI BULUH KUBU
PESERTA18 ORANG

NADI Buluh Kubu telah berjaya menganjurkan sesi Pemilihan Pasukan NADI E-Sukan Madani Legend Mobile Legends Musim Ke-4 bagi mencari wakil yang akan bertanding di peringkat saringan NADI.

Seramai 3 pasukan telah menyertai sesi pemilihan ini, iaitu:

  • 🔹 Team IMAN
  • 🔹 Team KEMMAH
  • 🔹 Team ON TOP

Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap pasukan telah mempamerkan kemahiran permainan yang baik, semangat kesukanan, komunikasi yang berkesan serta kerjasama berpasukan dalam setiap perlawanan. Program ini bukan sahaja bertujuan memilih wakil terbaik NADI Buluh Kubu, malah menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti e-sukan yang sihat, positif dan berdaya saing.

Setelah melalui beberapa pusingan perlawanan, Team IMAN telah berjaya muncul sebagai juara dan dipilih sebagai wakil rasmi NADI Buluh Kubu untuk bertanding ke Peringkat Saringan NADI E-Sukan Madani Legend Mobile Legends Musim Ke-4.

Pihak NADI Buluh Kubu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Team IMAN atas kemenangan yang diraih. Penghargaan turut diberikan kepada Team KEMMAH dan Team ON TOP atas komitmen, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

Semoga Team IMAN dapat memberikan persembahan terbaik dan mengharumkan nama NADI Buluh Kubu pada peringkat seterusnya.

WASPADA DENGAN KESASIHAN MAKLUMAT

17 October 2020 Galeri Foto

Berwaspada dan periksa kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayainya dan membuat perkongsian. Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan Negara. Jom @klikdenganbijak […]

Baca lanjut →

AKTIVITI OKTOBER : KELAS MICROSOFT OFFICE

 Tarikh        : 8 Oktober 2020  Masa         : 2.00 Petang – 3.00 Petang  Tempat     : Pusat Internet Buluh Kubu  Peserta     : 2 Orang   […]

Baca lanjut →

AKTIVITI OKTOBER : KELAS KEUSAHAWANAN (INVOICE SHOPEE)

 Tarikh        : 1 Oktober 2020  Masa         : 2.00 Petang – 3.00 Petang  Tempat     : Pusat Internet Buluh Kubu  Peserta     : 5 Orang   […]

Baca lanjut →

AKTIVITI SEPTEMBER : LATIHAN MEDIA BARU (APPLIKASI CANVA)

26 September 2020 Laporan Aktiviti

 Tarikh        : 6 September 2020  Masa         : 11.00 Pagi – 1.00 Petang  Tempat     : Pusat Internet Buluh Kubu  Peserta     : 10 Orang   […]

Baca lanjut →

CELIK IT : SUKU TAHUN KE-3 2020

CELIK IT  Nama: MUHAMMAD ARIE ASYRAF BIN KHAMARRUDDIN Umur: 18 tahun Ahli: 2016 Latar belakang Muhammad Arie Asyraf merupakan bekas pelajar SMK Zainab 2 dan sedang menunggu kemasukan ke Politekni […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya