| TARIKH | 15 JANUARI 2025 |
| MASA | 3.30 – 4.30 PETANG |
| LOKASI | NADI BULUH KUBU |
| PESERTA | 1 ORANG |
Sehingga 16 Januari, seorang murid Tingkatan 3 dari NADI Buluh Kubu telah menunjukkan komitmen yang sangat baik dengan menyertai secara berterusan pelbagai sesi DiLea Tuisyen Rakyat (Open Tuition) yang dianjurkan secara dalam talian.
Antara kelas yang telah disertai oleh murid tersebut ialah Open Tuition Matematik pada 5 Januari 2025, diikuti Open Tuition Bahasa Inggeris pada 6 Januari 2025 serta Open Tuition Bahasa Melayu pada 8 Januari 2025. Penyertaan ini memberi peluang kepada murid untuk mengukuhkan kefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam subjek teras.
Selain itu, murid yang sama turut menyertai Program Khas – Webinar Berkala Sains Edisi 2 pada 10 Januari 2025, yang memberi pendedahan tambahan dalam pembelajaran Sains melalui pendekatan interaktif.
Seterusnya, murid tersebut meneruskan penyertaan dalam Open Tuition Sejarah pada 12 Januari 2025 serta Open Tuition Sains pada 15 Januari 2026 sebagai usaha berterusan untuk memperkukuh penguasaan ilmu dan persediaan akademik.

