Aktiviti Semasa
MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI DIGITAL DI PASAR BESAR SITI KHADIJAH
13 March 2022
| Tarikh : 6 Mac 2022 |
| Masa : 10.00 – 5.00 Petang |
| Tempat : Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu |
| Peserta : 50 Orang |
| |
| Tujuan |
-
-
-
-
-
-
Program ini bertujuan untuk merealisasikan aspirasi Malaysia ke arah mewujudkan masyarakat tanpa tunai menerusi penggunaan kaedah pembayaran elektronik atau e-pembayaran bagi kemudahan peniaga dan pengunjung di pasar tersebut.
|
|
|
Aktiviti
|
-
-
-
-
-
Majlis Pelancaran Program Transformasi Digital Pasar Besar Siti Khadijah ini telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan dihadiri oleh Dato’ Haji Hanifa Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan dan Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB.
Salah satu daripada inisiatif MyDIGITAL adalah untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mempromosikan program onboarding pembayaran elektronik bagi peniaga dan pengguna untuk mengadakan masyarakat tanpa tunai (cashless society). Persekitaran tanpa tunai dapat mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada wang tunai, dan seterusnya memperluaskan penggunaan pembayaran elektronik yang dilihat sebagai lebih efisien dan selamat. Ini adalah sejajar dengan teras-teras utama Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia seperti meningkatkan daya saing ekonomi melalui pendigitalan, mewujudkan masyarakat digital yang inklusif dan membina persekitaran digital yang dipercayai, selamat dan beretika.
- Sumber : Hello Kelantan
-
|
Gambar disini