mcmc
Laporan Aktiviti

Kempen Internet Selamat (K.I.S) di Sekolah Kebangsaan Pulau Kundor

Tarikh8 Julai 2025
Masa8 pagi – 9 pagi
LokasiSK PULAU KUNDOR
Peserta20 orang murid

Program ini telah dilaksanakan oleh MCMC Negeri Kelantan dengan kerjasama NADI Kluster Kota Bharu. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S.) yang menyasarkan murid tahap dua (10-12 tahun) sekolah rendah.


Taklimat KIS disampaikan oleh Puan Wan Nurul Ain, Pegawai MCMC Kelantan, dengan sokongan staf NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Pantai Sabak, NADI Tanjung Mas, NADI Kampung Kedai Buloh, NADI Bunut Payong, NADI Buluh Kubu dan NADI Padang Tembak.


Kempen Internet Selamat: Modul Sekolah Rendah (10–12 Tahun) melibatkan 20 murid Tahap 2. Mereka ditempatkan di Makmal Komputer Sekolah dan mengikuti lima pelajaran utama. Modul ini menekankan penggunaan internet secara positif, had umur penggunaan media sosial, serta kesedaran tentang risiko dalam talian.


Pihak NADI turut memperkenalkan aktiviti alternatif yang sesuai untuk murid, dan memberi pendedahan tentang perkhidmatan Pintar yang ada di NADI bagi manfaat komuniti setempat.