mcmc
Aktiviti SemasaMaklumat Setempat

HEBAHAN PERTANDINGAN REKA BENTUK POSTER INFOGRAFIK KEMPEN INTERNET SELAMAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Pagi warga NADI.

Sukacita kami umumkan bahawa Peragold akan menganjurkan *Pertandingan Reka Bentuk Poster: Kempen Internet Selamat.* Butiran program seperti di bawah:

*2 KATEGORI:*

1. KATEGORI 12 TAHUN DAN KE BAWAH

2. KATEGORI 13 TAHUN DAN KE ATAS

*TEMPOH PERTANDINGAN*

4 Mac 2026 – 15 Mac 2026

*PENYERTAAN*

– Setiap NADI wajib menghantar sekurang-kurangnya satu peserta untuk setiap kategori.

Maksimum 3 Peserta untuk setiap kategori.

*TEMA POSTER BAGI 12 TAHUN DAN KE BAWAH*

– Jangan Main Gajet Terlalu Lama – Bahagikan Masa Dengan Betul

*TEMA POSTER INFOGRAFIK BAGI 13 TAHUN DAN KE ATAS*

– Semak Dulu Sebelum Kongsi – Elak Berita Palsu

*SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI REKA BENTUK POSTER*

– *Ahli NADI* sahaja.

– Terhad kepada *3 orang peserta untuk setiap NADI* bagi setiap kategori.

– Saiz Poster: *A4*

– Poster mestilah mengikut *Tema yang diberi.*

– Boleh menggunakan *Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.*

– *Wajib* menggunakan *aplikasi Canva.*

– Tidak menggunakan sebarang logo kecuali logo tulisan *NADI* sahaja.

*BORANG PENDAFTARAN KATEGORI 12 TAHUN KEBAWAH.* (Sila pastikan Poster telah siap untuk dimuatnaik.)

https://forms.gle/pgqbsPPon22sVhN56

*SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI REKA BENTUK POSTER INFOGRAFIK*

– *Ahli NADI* sahaja.

– Terhad kepada *3 orang peserta untuk setiap NADI* bagi setiap kategori.

– Saiz Poster: *A4*

– Poster Infografik mestilah *mengikut Tema yang diberi.*

– Info yang dimasukkan mestilah *mengikut tema dan bermanfaat.*

– Boleh menggunakan *Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.*

– *Wajib* menggunakan *aplikasi Canva.*

– Tidak menggunakan sebarang logo kecuali logo tulisan *NADI* sahaja.

*BORANG PENDAFTARAN KATEGORI 13 TAHUN KEATAS.* (Sila pastikan Poster telah siap untuk dimuatnaik.)

https://forms.gle/5vMbgeqaawDPgwfe6

*TARIKH TUTUP PENYERTAAN:*

15 Mac 2026 (5 Petang)