| Tarikh | 23 Ogos 2025 |
| Masa | 09:00 PAGI – 1:00 TENGAH HARI |
| Lokasi | NADI BULUH KUBU |
| Peserta | 8 ORANG |
Seramai 8 orang peserta telah menyertai Webinar “Introduction to Conceptual Design” yang berlangsung di NADI Buluh Kubu. Program ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, En. Faizal Hakimmy Husaini, bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Sesi dimulakan dengan slot “Create Your Own Character” pada jam 9.00 pagi, diikuti dengan waktu rehat pada jam 10.30 pagi. Program kemudian diteruskan dengan slot “Worlds, Colors & Final Design” pada jam 11.30 pagi sebelum diakhiri dengan sesi ringkasan dan penutup pada jam 1.00 tengah hari.
Sepanjang program, para peserta dibimbing untuk menghasilkan lakaran dan rekaan konsep menggunakan pen atau pensil, kertas atau buku lakaran, serta alatan warna yang disediakan sendiri oleh mereka. Program ini memberi pendedahan berguna kepada peserta dalam memahami asas rekaan konseptual yang kreatif dan inovatif.
