Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Pi1M & Komuniti

December 19, 2015 @ 7:30 am - 1:00 pm

Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Buluh Kubu akan menganjurkan satu program akhir tahun berskala kecil dengan kerjasama KRT Pusat Bandar. Program tersebut akan diadakan pada 19/12/2015, hari Sabtu, jam 7.30 pagi – 1.00 petang. Berikut adalah aktiviti-aktiviti program:

1. Pertandingan mewarna
– Terbuka kepada 30 penyertaan berumur antara 5 tahun hingga 7 tahun.
– Pensel warna perlu bawa sendiri.

2. Pertandingan susun puzzle
– Terbuka kepada 10 pasangan penyertaan (dua orang untuk satu kumpulan).

3. Pertandingan gubahan makanan sihat (Wanita VS Lelaki)
– Terbuka kepada lima pasangan wanita berumur antara 25 hingga 55 tahun (dua orang untuk satu kumpulan).
– Terbuka kepada lima pasangan lelaki berumur antara 25 hingga 55 tahun (dua orang untuk satu kumpulan).
– Pisau dan dulang sila bawa sendiri.

4. Pertandingan teka silang kata
– Terbuka kepada 30 penyertaan berumur antara 13 hingga 18 tahun.
– Pensel @ pen sila bawa sendiri.

5. Pertandingan berebut kerusi berirama
– Penyertaan terbuka pada hari program.
– Pertandingan terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

6. Pertandingan “Cuba Teka Siapa Saya”
– Penyertaan terbuka pada hari program.

7. Pertandingan mereka cipta produk daripada bahan terbuang
– Terbuka kepada 10 pasangan berumur 13 hingga 29 tahun (dua orangg untuk satu pasangan)
– Bahan-bahan sila bawa sendiri.
– Pastikan peserta tidak menipu sepanjang pertandingan.
– Tema: ICT & Teknologi.

8. Aktiviti Senamrobik
– Terbuka kepada semua golongan.

Pendaftaran bermula pada 6 Disember 2015
Tarikh tutup pendaftaran penyertaan pada 15 Desember 2015

SEPANJANG PROGRAM CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA!

Sebarang penyertaan dan pertanyaan boleh merujuk terus ke Pi1M Buluh Kubu.

Details

  • Date: December 19, 2015
  • Time:
    7:30 am - 1:00 pm
  • Event Category:

Organizer

  • 0139192517

Venue

  • Sekolah Kebangsaan Merbau
  • Sekolah Kebangsaan Merbau + Google Map